Saturday, March 1, 2014

TAKLIMAT SARA1 MALAYSIA

Tarikh : 28 Mac 2014
Masa  : 8.30 malam
Tempat :  Auditorium SIRIM Bandar Baru Salak Tinggi

Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Kominikasi Koprat PNB, Puan Rohana. turut dihadiri oleh Ybhg Dato Marsum bin Paing Ketua UMNO Bahagian Seang, YB Tuan Shahrum b. Dato Hj. Mohd Shariff. Peserta terdiri darpada Pengerusi JKKKP parlimen sepang, NGO's seperti AJK UMNO Bahagian Sepang.

Diantara bahan taklimat,
  • Pinjaman RM5,000 untuk membeli 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS1M), untuk 5 tahun.
  • 1 permohonan untuk 1 isi rumah yang layakSasaran: Terhad kepada 100,000 isi rumah
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 – 58 tahun.
  • - Seorang yang berkahwin/ibu tunggal atau bapa tunggal.
  • Pendapatan isirumah RM500 – RM3,000 sebulan.
  • Tidak muflis.
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak pernah menerima bantuan Program Pembangunan Rakyat Termiskin, ASB Sejahtera atau ASW 2020 – Bandar.

Photo


Photo

Photo

Saturday, February 22, 2014

TAKLIMAT BRIM 2014 DAN JOB MALAYSIA FAIR

Tarikh : 22 Februari 2014
Masa  : 3.00 petang
Tempat : Auditorium SIRIM BBST

Satu taklimat BRIM 2014 dan JOB Malaysia Fair telah diadakan di Auditorium SIRIM Bandar Baru Salak Tinggi. Majlis telah dirasmikan oleh Yg Bhg Dato Marsum b Paing Ketua UMNO Bahagian Sepang. Turut hadir YB Tuan Shahrum bin Dato Hj. Mohd Shariff b. jajang ADUN Dengkil. Taklimat ini disertai leh semua Pengerusi JKKKP Parlimen Sepang bersama-sama AJK UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri.




Monday, February 10, 2014

PEMIMPIN


KENANGAN PERSIDANGAN UMNO  BAHAGIAN SEPANG TAHUN 2012
 DI HOTEL EMPRESS , BANDAR BARU SALAK TINGGI

Thursday, October 27, 2011

Semenjak kebelakangan ni, walaupun kerja tulan tindakan yang dibuat tak sibuk ,tapi segala tindakan yang dibuat amat memeningkan kepala...senang mengurus kaaka2 dariapa orang dewasa...Hari Suaakn akan tiba..sebelum tu pada 28 hb Okt.perkhmehana pulak..29 hb...Hari Orineantasi tahun 1, 3 haribulan Sukan tahunan...sterusnya hari Anugerah kecemerlangan yang perlu komitmen yang tinggi...

Hari-hari mendengar azan maghrib berkemudang dalam kereta...

Saturday, May 22, 2010

Koleksi asingment puisi

Bahasa ku


Sedetik waktu berlalu
mengingatkan diripada sebuah perjuangan suci
menegakkan bahasa ibunda tercinta
mekar subur mewangi
di persada dunia.

Kalimah-kalimah lantang terentang
membangkitkan semangat juang
daulatkan bahasa
daulatkan bahasa
daulatkan bahasa
Bahasa menegakkan bangsa!
Bahasa lambang perpaduan!
Bahasa lambang kesatuan!
Bahasa lambang kerukunan!

Seketika kita dikejutkan
dengan impian dan gagasan
bahasa kita tidak lagi sepadanjatuh tersungkur
hanyut dibawa
arus globalisasi tanpa sempadan.

Perjuangan tiada henti
kita semakin beranibersatu melahirkan hasrat
bahasa perlu dijaga
demi mendaulat maruah bangsa.

Sorakan semangat jati diri
melaung-laung di segenap pelosok
menyambut kemenangan
sebuah perjuangan
menegakkan bahasa tercinta.



Rosdin Ibrahim B10120
24.05.2010
SK. Jenderam Hilir













Pepohon rindu

Disinilah hidupku
hidupku yang dibuaidibuai angin
angin sayup melalui celah dedaunku
dedaunkku melambai dicelah pohon
pohon ini inginkan keamanan
Keamanan sejatisejati tanpa kemusnahan
kemusnahan yang mencemari keamanan alam
alam tanpa ketamakkan manusia.
Disinilah hidupku
hidupku yang dibuai angin sepoi senja
senja bersulamkan alunan azan
azan maghrib merindui malam
malam syahdu mengiringi doa
doa keamanan yang kian tiba
tiba buka hanya seketika cuma
cuma menghargai nikmat Illahi
Illahi maha pencipta
Pencipta alam semesta



Rosdin Ibrahim B10120
29.03.2010
Sejurus Maghrib
Masjid UPM Serdang





























Ibu


IbuSetiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku sedihKetika aku gembira
Ketika aku gelisahNaluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
SemangatkuKetika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saatAku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupkuIbu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangiI
nsan yang mulia ini




Rosdin Ibrahim B10120
20.03.2010
Rumah Kedai
Jenderam










Isteri


Isteriku
Ingat lagi detik kau jadi isteriku
Di mana hati mu
Malam bersejarah pasti kekal dalam ingatan
Aku terasa baru semalam ia berlalu


Isteriku
Kasih sayang kita tiada bandingan
Pada mu ku menumpang kasih
Tiada lagi insan lain tempat mengadu
Dalam hidup seditik cuma ini
Istana kita, kita pertahankan
Taman kita, kita serikan
Gelombang sama kita tempuh
Badai sama kita harungi

Isteriku
Curahkan kasih mu
Ku menanti tanpa jemu
Moga Tuhan restui mu
Jadi isteri solehah
Zuriatku kau lahirkan
Didik ia jadi insan
Satu amanah anugerah Tuhan
Bersama kita laksanakan

Isteriku
Pohon maaf
Andai hatimu pernah terluka
Aku
Cuma insan biasa


Rosdin Ibrahim B10120
12.03.2010
Kg. Sungai Balak
Kajang
















Siapalah Aku …
Aku Adalah Aku
Kalaulah aku.. seekor burung..
akan aku terbang tinggi...
tapi tak mungkin...
tak mungkin... kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah..
Kalaulah aku.. seekor ikan...
akan aku berenang di lautan dalam...
tapi tak mungkin...
tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...
Kalaulah aku... sekuntum bunga...
akan aku hiasi dunia seindah yang mungkin...
tapi tak mungkin...
tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...
Kalaulah aku air...
akan aku sirami alam ini...
yang sedang kering kontang...
tapi tak mungkin....
tak mungkin...
kerana aku adalah aku...
seorang insan yang lemah...
Kalaulah aku...
Kalaulah aku...
Yang harus dihadapi ialah realiti bukan fantasi....


Rosdin Ibrahim B10120
15.03.2010
Taman Tasik Cempaka
BBBangi











GURU SEJATI

Guru adalah pahlawan sejati
Pengabdi yang tak pernah henti
Nasihatnya menenteramkan hati
Karena itulah ia sangat dihormati
Senyum yang selalu terbuka
Benar-benar lahirkan pesona
Sorot matanya tajam
Namun tak kesankan kejam
Ucapannya tegas
Tapi tak terasa keras
Dan disiplin yang diterapkan
Ketat namun mengasyikan
Kerana itu murid semua mencintainya
Tak juga ia berkata kasar
Teriakan apalagi cacian
Tutur-katanya lembut menyenangkan
Tegurannya sopan tak berlebihan
Namun tegas dalam memutuskan
Semua murid diperlakukan sama
Walau dengan cara berbeza
Ia bisa bicara tanpa berkata
Berteriak tanpa suara
Kerana jiwanya sungguh kaya
Dengan kasih dan penuh cinta
Murid merasa aman dengannya
Seperti seorang ayah layaknya
Menjadi akrab dengan siapa saja
Semua merasa sahabat karibnya



Rosdin Ibrahim B10120
16.05.2010
Billik Guru
Hari Guru 2010




















Di usiaku.....(Khas untuk anak-anakku yang tersayang)

Di usiaku
Apa yang ku cari
Ketakwaan
Kedamaian
Namun aku masih mencari
Ilmu..

Ilmu
menuntutnya adalah wajib.
Ilmu
harus diamalkan
untuk kebaikan
diri sendiri dan
insan lain.

Menuntut ilmu
bukannya untukmenjadi pandai
bukannya untukmendapat pengiktirafan
seperti sijil atau
ijazah
bukannya juga
untuk berlumba-lumba.

Menuntut ilmu
adalah kerana Allah
disuruh oleh Allah.
Menuntut ilmu
untuk mengetahui
sesuatu perkara
Yang kabur menjadi nyata
Yang musykil akan terlerai
Yang baik buat amalan
supaya sentiasa
dalam kebenaran.

Tuntutlah ilmudari hujung pena
hingga pintu kubur.


Rosdin Ibrahim B10120
Dewan Zaaba
UPM
05.04.2010









Usia kian tua..


Bila usia kian tua
Kedutan muka seribu cerita
Kronologi cerita lama
Mencerita seribu lara
Mulut pun perlu jaga
Telinga pasang sentiasa


Bila usia kian tua
Berjalan tak seperti dahulu
penglihatan tak seterang dahulu
pertuturan tak selancar dahulu
pandangan tak sejelas dahulu
semuanya berubah mengikut waktu


Bila usia kian tua
Mudah sensitif akan kata
Mudah tersinggung akan kata
Mudah melatah akan kata
Mudah celupar akan kata
Sayu sebak menusuk di dada
Terguris hati diiris sembilu
Ungkapan manis
Lembut bicara bak salju biru
Penawar bicara


Bila usia kian tua
Ingat akan dosa-dosa
Dosa kemarin
Dosa semalam
Dosa merindui keampunan
Mencari pahala selagi terdaya
Bekal harapan menemui Yang Maha Esa





Rosdin Ibrahim B10120
Kg. Kubur Panjang
Pendang
27.03.2010

Tuesday, October 20, 2009

Pengalaman BBM3412

Tanggal 14 Julai, jam 7.45 p.m. ,di Latar Siswa, ku lihat para pelajar masih lagi membuat last minute study. Tengok-tengok je nota dan spot topik yang pensyarah bagi. Kot-kot keluar.
“ Ini mana boleh jadi” Tiba-tiba kesunyian Latar Siswa telah berubah. Suara garau itu masih lagi meluahkan perasaannya. “Exam dah habis dah, baru lepas, semalam, semua tugasan dah hantar , takkan ada tugasan pasca exam pulak”.
Para pelajar yang tidak tahu menahu tentang hal ini tercengang-cengang.
“Betul,betul, betul aku dah bukak blog dr. dah, mana boleh macam ni” suara halus kedengaran di belakangku. “Dahlah nak siapkan kajiselidik ni pun satu hal jugak,sampai demam-demam aku. Kejap-kejap tak payah sertakan borang kaji selidik. Lepas tu suruh kepilkan pulak”.Suara halus dalam kekesalan itu terus merungut.
“Betul tu, aku pun dah buka blog dr. Asignment hendaklah dihantar sekali dengan borang kajiselidik dan menggunakan binding jahit dan tak boleh pakai comb binding” “Kalau bagi arahan tu biasa lah jelas, sekajap keluar arahan macam ni, lepas dapat arahan yang lain pula, tak tetap. Macam orang tidak ada pendirian je. Menyusahkan kita pulak tu” Suara sungutan masih lagi kedengaran.
Begitulah suara yang menguatkan lagi hujah sebelumnya. Aku menjadi kalut. Apa hal ni. Aku belum lagi sempat nak buka blog dr. Cadang-cadang lepas exam baru nak buka laptop sebab tak nak menggangu jadual prep aku. Nak juga tahu apa perkembangan semasa. Hanya blog dr dan facebook lah media maya penghubung diantara kami, baik membincangkan tentang kuliah atau bertanya khabar.
“Apahal ni sibuk-sibuk, korang tulis je apa yang kau orang nak komen. Nak kutuk ke, nak puji ke, nak kipas ke, pandai-pandai lah nak hidup” kata-kata ini membuat semua orang termenung seketika. “ Mungkin ada sebab dr. suruh kita tulis pengalaman kita tu, mungkin dr. nak bagi markah bonus, sebab banyak tugasan yang dr, bagi, kau orang tak submit” kata-kata itu cuba difahami oleh para pelajar yag berada di situ.
“ Ooi, masuk, exam nak mula” . Masing-masing mengalihkan muka ke arah suara tersebut dari Dewan Zaaba telah menamatkan perdebatan mini parlimen di Latar Siswa. Semua pelajar di situ terus menuju ke dewan untuk menjawab paper terakhir pada malam itu.
Selepas exam tamat, masih ramai lagi pelajar berkumpul di depan dewan. Masing –masing masih lagi cuba untuk membuka ruang perdebatan tentang perkara tadi. Aku malas nak melayan. Aku perlu pulang. Perjalanan ku masih jauh yang hendak ditempuhi. Setiap hari aku berulang-alik sejauh hampir 50 kilometer yang jalannya dikelilingi oleh pokok-pokok getah dan sawit. Ketika itu segala bacaan yang aku hafal terkeluar dari mulutku jika ada sesuatu tanda yang menyeramkan ku rasa.
Dalam perjalanan pulang, sengaja aku mengecilkan volume radio. Saluran FM Klasik menjadi pilihanku. Sambil mendengar kesyahduan dendangan lagu-lagu lama, aku cuba mengingatkan detik permulaan kursus yang aku ambil.
Semasa hari terakhir final exa, sem 5, borang tawaran kursus, telah dikeluarkan. Ketika itu ramai pelajar bersyukur, nama dr. tidak terlibat pada sem. 6 yang akan datang Kursus yang tertera dalam boring tawaran ialah Kaedah Penyelidikan bahasa Melayu BBM3413.. Sebaliknya lain pula yang berlaku, ku sangkakan hujan hingga ke petang, tapi turun di tengahari.Ketika aku nak mendaftar dan membayar yuran kursus , tertera kursus Teknologi Maklumat Bahasa dan Kesusasteraan BBM 3412. Mungkin pendapat aku ini adalah lanjutan dari kursus Bahasa dalam Muiltimedia BBM3410. Tetapi yang menjadi kebetulannya atau ini satu sumpahan ke, aku masih lagi teringat dengan kata-kata dr. ketika kuliah BBM3410.” Kalau kamu semua kutuk-kutuk saya, sem. depan kita jumpa lagi” Mungkin mulut dr. tu masin. Kami ini tidak menjadi hal, yang penting kami mendapat seorang pensyuarah yang betul-betul serius dan komited dengan tugasnya.
Maka tanggal 6 Julai kuliah ,minggu pertama pun bermula. Pada kuliah pertama aku tak dapat hadir kuliah disebabkan ada urusan keluarga. Apa yang aku dapat tahu, kuliah pertama para pelajar dah kena ‘dera’. Malam tersebut ramai pelajar yang balik lewat jam 1.00 pagi sebab kena siapkan power point lirik lagu. Minta maaf kepada En. Nan, Gee, Azu dan Kumar kerana berkorban menyiapkan tugasan itu.
Tanggal 14 Julai, ketika mempersembahkan tugasan, ingatkan dr. tak perasan aku tak dating kuliah minggu lepas. Rupa nya dr. perasaan. “En. Rosdin last week awak tak dating kuliah, buat secara individu, minggu depan present” Aku tergamam sebab diberikan tugas yang aku tak tahu nak buat. Itulah bahananya kalu tidak attend kuliah.”Kalau awak tak buat awak tak tahu nak buat, macamana nak ajar pada anak-aanak”. Kata-kata itu masih lagi dalm ingatan ku. Pada malam tersebut dijalnkan cabutan undi tugasan individu . Tajuk tugasan Pengaruh Teknologi Maklumat terhadap perkembangan Kesusasteraan. Kena buat kaji selidik. Hantar pada malam final exam.
Tanggal 21 Julai kuliah seperti biasa. Hanya mendengar celoteh dr. sahaja tentang kepentingan teknologi maklumat pada masyarakat seperti politik, social, pendidikan, jasmani, ekonomi. Tidak ada yang menariknya kuliah pada malam itu. Kami dimaklumkan bahawa kuliah ganti akan diadakan bagi menggantikan bulan Ramadan.
Tanggal 24 Julai , Jumaat di dewan Zaaba, merupakan kuliah ganti yang pertama. Kami diarahkan mengarang satu tugasan sepanjang 30 halaman tanpa bahan rujukan atau internet dan hantar pada malam itu juga. Mana kami ada idea nak mengarang. Kami kumpulan diberi tajuk keburukan dan kebaikan ICT. Pelajar tidak dapat menyiapkan tugasan pada malam itu, dan diberi peluang mengemailkan pada dr. dalam minggu depan, hari Isnin. Maka terpakslah kami menyiapkan pada malam itu juga. Lebih kurang jam 12.30 p.m. baru bubar.
Tanggal 7 Ogos, Jumaat kuliah ganti, di sanggar bahasa, Bermulalah segala-galanya.Perang maya bermula. Kuliah malam itu ialah tentang membuka akuan facebook. Maisng-masing ghairah dengan facebook masing-masing. Terima kasih Alia kerana membantu menbuat facebook. Tugasan pertama ialah mencipta pantun dua kerat dan mencipta teka-teki serta memjawab teka-teki kawan dalam facebook. Maka terjadi komunikasi maya yang amat dasyat pada malam itu. Selain itu pelajar disuruh membuka laman e-satera dan berkarya secara maya.
11 Ogos, Kuliah seperti biasa . Tidak ada yang menarik dengan kuliah pada malam itu. Hanya berkaitan dengan pengaruh ICT. Minggu seterusnya semua pelajar diberi cuti kerana H1N1. dan bermula dari tanggal itu kuliah BBM3412 ditangguhkan kerana bulan Ramadan.Ingatkan dalam bulan Ramadan bolehlah beramal ibadat sedikit, bila baca dalam facebook ada pelbagai tugasan yang disuruh buat. Cerita Hantulah, komen sajak di saan kematian, dan Membuat cerita kanak-kanak. Semua karya perlu dihanatar secara maya. Manalah nak siap dalam kesibukan bulan puasa dan persiapan raya. Namun Alhamdulillah dapat juga aku menyiapkan tugasan setakat termampu.
Tanggal 29 September, kuliah pertama selepas raya. Malam tersebut ramai kawan-kawan yang hadir sebab dimaklumkan malam tersebut ialah menghantar tugasann kajiselidik. Selain dr. memberi soalan yang akan keluar semasa exam kelak. Mana pelajar yang dapat maklumat awal, lain pula arahannya. Pelajar yang terekudian lain pula maklumatnya. Maka masing-masing tidak tentu arah. Namun begitu
Tanggal 6 September , kuliah tak ada , dapat juga aku buat ulangkaji tengaok blog, e-satera dan macam lagi berdasarkan soalan exam.
Tanggal 13 September , hari final exam tiba. Memang benar. Sesiapa yang mengikut segala kuliah dr. dengan petik jari boleh jawab soalan exam. Sesipa yang rajin buka laptop, facebook, blog dr. ke, e-sastera pasti boleh jawab dengan senang.
Walau bagaimana pun secara keseluruhannya aku bolehlah jawab soalan malam itu.
Tanpa kusedari aku pun telah sampai di garage di dapana rumah.. perjalan selama 45 mint dalm menawa aku mengimbau kenangan akau semasa mengikuti kursus BBM3412.
Pada Dr. Normaliza bt Abdul Rahim aku ucapkan terima kasih banyak. Itulah tujuan aku menuntup ilmu. Hanya untuk tahu dan menambahkan ilmu di dada. Tetapi makin banyak ilmu yang kita dapat , makin banyak yang kita tidak tahu.
Mungkin usikkan, gurau dan kata-kata belakang para pelajar bukan dengan niat yang tidak baik. Manusia. Itulah manusia. Kalau tidak puas bukan dinamakan manusia. Sehingga jumpa lagi. Mungkin tak ada kot…eeee