Tuesday, October 20, 2009

Pengalaman BBM3412

Tanggal 14 Julai, jam 7.45 p.m. ,di Latar Siswa, ku lihat para pelajar masih lagi membuat last minute study. Tengok-tengok je nota dan spot topik yang pensyarah bagi. Kot-kot keluar.
“ Ini mana boleh jadi” Tiba-tiba kesunyian Latar Siswa telah berubah. Suara garau itu masih lagi meluahkan perasaannya. “Exam dah habis dah, baru lepas, semalam, semua tugasan dah hantar , takkan ada tugasan pasca exam pulak”.
Para pelajar yang tidak tahu menahu tentang hal ini tercengang-cengang.
“Betul,betul, betul aku dah bukak blog dr. dah, mana boleh macam ni” suara halus kedengaran di belakangku. “Dahlah nak siapkan kajiselidik ni pun satu hal jugak,sampai demam-demam aku. Kejap-kejap tak payah sertakan borang kaji selidik. Lepas tu suruh kepilkan pulak”.Suara halus dalam kekesalan itu terus merungut.
“Betul tu, aku pun dah buka blog dr. Asignment hendaklah dihantar sekali dengan borang kajiselidik dan menggunakan binding jahit dan tak boleh pakai comb binding” “Kalau bagi arahan tu biasa lah jelas, sekajap keluar arahan macam ni, lepas dapat arahan yang lain pula, tak tetap. Macam orang tidak ada pendirian je. Menyusahkan kita pulak tu” Suara sungutan masih lagi kedengaran.
Begitulah suara yang menguatkan lagi hujah sebelumnya. Aku menjadi kalut. Apa hal ni. Aku belum lagi sempat nak buka blog dr. Cadang-cadang lepas exam baru nak buka laptop sebab tak nak menggangu jadual prep aku. Nak juga tahu apa perkembangan semasa. Hanya blog dr dan facebook lah media maya penghubung diantara kami, baik membincangkan tentang kuliah atau bertanya khabar.
“Apahal ni sibuk-sibuk, korang tulis je apa yang kau orang nak komen. Nak kutuk ke, nak puji ke, nak kipas ke, pandai-pandai lah nak hidup” kata-kata ini membuat semua orang termenung seketika. “ Mungkin ada sebab dr. suruh kita tulis pengalaman kita tu, mungkin dr. nak bagi markah bonus, sebab banyak tugasan yang dr, bagi, kau orang tak submit” kata-kata itu cuba difahami oleh para pelajar yag berada di situ.
“ Ooi, masuk, exam nak mula” . Masing-masing mengalihkan muka ke arah suara tersebut dari Dewan Zaaba telah menamatkan perdebatan mini parlimen di Latar Siswa. Semua pelajar di situ terus menuju ke dewan untuk menjawab paper terakhir pada malam itu.
Selepas exam tamat, masih ramai lagi pelajar berkumpul di depan dewan. Masing –masing masih lagi cuba untuk membuka ruang perdebatan tentang perkara tadi. Aku malas nak melayan. Aku perlu pulang. Perjalanan ku masih jauh yang hendak ditempuhi. Setiap hari aku berulang-alik sejauh hampir 50 kilometer yang jalannya dikelilingi oleh pokok-pokok getah dan sawit. Ketika itu segala bacaan yang aku hafal terkeluar dari mulutku jika ada sesuatu tanda yang menyeramkan ku rasa.
Dalam perjalanan pulang, sengaja aku mengecilkan volume radio. Saluran FM Klasik menjadi pilihanku. Sambil mendengar kesyahduan dendangan lagu-lagu lama, aku cuba mengingatkan detik permulaan kursus yang aku ambil.
Semasa hari terakhir final exa, sem 5, borang tawaran kursus, telah dikeluarkan. Ketika itu ramai pelajar bersyukur, nama dr. tidak terlibat pada sem. 6 yang akan datang Kursus yang tertera dalam boring tawaran ialah Kaedah Penyelidikan bahasa Melayu BBM3413.. Sebaliknya lain pula yang berlaku, ku sangkakan hujan hingga ke petang, tapi turun di tengahari.Ketika aku nak mendaftar dan membayar yuran kursus , tertera kursus Teknologi Maklumat Bahasa dan Kesusasteraan BBM 3412. Mungkin pendapat aku ini adalah lanjutan dari kursus Bahasa dalam Muiltimedia BBM3410. Tetapi yang menjadi kebetulannya atau ini satu sumpahan ke, aku masih lagi teringat dengan kata-kata dr. ketika kuliah BBM3410.” Kalau kamu semua kutuk-kutuk saya, sem. depan kita jumpa lagi” Mungkin mulut dr. tu masin. Kami ini tidak menjadi hal, yang penting kami mendapat seorang pensyuarah yang betul-betul serius dan komited dengan tugasnya.
Maka tanggal 6 Julai kuliah ,minggu pertama pun bermula. Pada kuliah pertama aku tak dapat hadir kuliah disebabkan ada urusan keluarga. Apa yang aku dapat tahu, kuliah pertama para pelajar dah kena ‘dera’. Malam tersebut ramai pelajar yang balik lewat jam 1.00 pagi sebab kena siapkan power point lirik lagu. Minta maaf kepada En. Nan, Gee, Azu dan Kumar kerana berkorban menyiapkan tugasan itu.
Tanggal 14 Julai, ketika mempersembahkan tugasan, ingatkan dr. tak perasan aku tak dating kuliah minggu lepas. Rupa nya dr. perasaan. “En. Rosdin last week awak tak dating kuliah, buat secara individu, minggu depan present” Aku tergamam sebab diberikan tugas yang aku tak tahu nak buat. Itulah bahananya kalu tidak attend kuliah.”Kalau awak tak buat awak tak tahu nak buat, macamana nak ajar pada anak-aanak”. Kata-kata itu masih lagi dalm ingatan ku. Pada malam tersebut dijalnkan cabutan undi tugasan individu . Tajuk tugasan Pengaruh Teknologi Maklumat terhadap perkembangan Kesusasteraan. Kena buat kaji selidik. Hantar pada malam final exam.
Tanggal 21 Julai kuliah seperti biasa. Hanya mendengar celoteh dr. sahaja tentang kepentingan teknologi maklumat pada masyarakat seperti politik, social, pendidikan, jasmani, ekonomi. Tidak ada yang menariknya kuliah pada malam itu. Kami dimaklumkan bahawa kuliah ganti akan diadakan bagi menggantikan bulan Ramadan.
Tanggal 24 Julai , Jumaat di dewan Zaaba, merupakan kuliah ganti yang pertama. Kami diarahkan mengarang satu tugasan sepanjang 30 halaman tanpa bahan rujukan atau internet dan hantar pada malam itu juga. Mana kami ada idea nak mengarang. Kami kumpulan diberi tajuk keburukan dan kebaikan ICT. Pelajar tidak dapat menyiapkan tugasan pada malam itu, dan diberi peluang mengemailkan pada dr. dalam minggu depan, hari Isnin. Maka terpakslah kami menyiapkan pada malam itu juga. Lebih kurang jam 12.30 p.m. baru bubar.
Tanggal 7 Ogos, Jumaat kuliah ganti, di sanggar bahasa, Bermulalah segala-galanya.Perang maya bermula. Kuliah malam itu ialah tentang membuka akuan facebook. Maisng-masing ghairah dengan facebook masing-masing. Terima kasih Alia kerana membantu menbuat facebook. Tugasan pertama ialah mencipta pantun dua kerat dan mencipta teka-teki serta memjawab teka-teki kawan dalam facebook. Maka terjadi komunikasi maya yang amat dasyat pada malam itu. Selain itu pelajar disuruh membuka laman e-satera dan berkarya secara maya.
11 Ogos, Kuliah seperti biasa . Tidak ada yang menarik dengan kuliah pada malam itu. Hanya berkaitan dengan pengaruh ICT. Minggu seterusnya semua pelajar diberi cuti kerana H1N1. dan bermula dari tanggal itu kuliah BBM3412 ditangguhkan kerana bulan Ramadan.Ingatkan dalam bulan Ramadan bolehlah beramal ibadat sedikit, bila baca dalam facebook ada pelbagai tugasan yang disuruh buat. Cerita Hantulah, komen sajak di saan kematian, dan Membuat cerita kanak-kanak. Semua karya perlu dihanatar secara maya. Manalah nak siap dalam kesibukan bulan puasa dan persiapan raya. Namun Alhamdulillah dapat juga aku menyiapkan tugasan setakat termampu.
Tanggal 29 September, kuliah pertama selepas raya. Malam tersebut ramai kawan-kawan yang hadir sebab dimaklumkan malam tersebut ialah menghantar tugasann kajiselidik. Selain dr. memberi soalan yang akan keluar semasa exam kelak. Mana pelajar yang dapat maklumat awal, lain pula arahannya. Pelajar yang terekudian lain pula maklumatnya. Maka masing-masing tidak tentu arah. Namun begitu
Tanggal 6 September , kuliah tak ada , dapat juga aku buat ulangkaji tengaok blog, e-satera dan macam lagi berdasarkan soalan exam.
Tanggal 13 September , hari final exam tiba. Memang benar. Sesiapa yang mengikut segala kuliah dr. dengan petik jari boleh jawab soalan exam. Sesipa yang rajin buka laptop, facebook, blog dr. ke, e-sastera pasti boleh jawab dengan senang.
Walau bagaimana pun secara keseluruhannya aku bolehlah jawab soalan malam itu.
Tanpa kusedari aku pun telah sampai di garage di dapana rumah.. perjalan selama 45 mint dalm menawa aku mengimbau kenangan akau semasa mengikuti kursus BBM3412.
Pada Dr. Normaliza bt Abdul Rahim aku ucapkan terima kasih banyak. Itulah tujuan aku menuntup ilmu. Hanya untuk tahu dan menambahkan ilmu di dada. Tetapi makin banyak ilmu yang kita dapat , makin banyak yang kita tidak tahu.
Mungkin usikkan, gurau dan kata-kata belakang para pelajar bukan dengan niat yang tidak baik. Manusia. Itulah manusia. Kalau tidak puas bukan dinamakan manusia. Sehingga jumpa lagi. Mungkin tak ada kot…eeee

Tuesday, September 15, 2009

PANTUN RAYA VERSI NEGERI

Kelantan
Make nasik cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah... A
loq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Saturday, August 29, 2009

WARISAN DAN BUDAYA

Kita perlu menjadikan kepelbagaian budaya sebagai satu amalan seharian kita dan juga dalam interaksi di antara pelbagai kaum menjangkaui komuniti antarabangsa. Dialog dan kerjasama antara budaya perlu bersifat serampang dua mata untuk menyelesaikan masalah yang timbul akibat pertembungan budaya. Pendekatan terbaik bagi menggalakkan persefahaman dan toleransi antara budaya akan berjaya memadamkan kejahilan dan prejudis. Dalam usaha melindungi warisan dan budaya sendiri, kita perlu bersedia menghormati warisan dan kebudayaan orang lain. Jambatan yang paling sukar dibina ialah membuat seseorang itu menghargai sistem nilai orang lain sama ada kepercayaan agama atau cara beribadat.
Kita perlu membina jambatan ini dengan berhati-hati dan mengukuhkannya secara berterusan. Penekanan awal harus diserapkan diperingkat sekolah dan kepada golongan muda memandangkan mereka bakal memimpin negara masing-masing pada masa depan. Ini kerana anak muda memiliki idealisme dan semangat membara selain kreativiti. Namun paling penting, mereka adalah pemimpin masa depan.

MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA
MAY GOD BLESS RAKYAT MALAYSIA

Sunday, August 16, 2009

terbukti...... gotong royong masih segar di hati mereka




Lanjutan dari tulisan saya, terbukti budaya gotong royong merupakan amalan murni yang patut diteruskan. Ramainya orang datang..... orang kampong keluar bawa anak bini... Yang Sang suami buat kerja , tebas rumpu di tanah perkuburan, tanam bunga , cuci longkaang, Sang isteri masak bersama-sama untuk makan tengahari.
Semangat gotong royong yang ditonjolkan oleh masyarakat kami telah melangkaui fahaman politik.... ini sudah bagus..... tapi ada juga yang yang masuk jarum... pandai-pandailah.... Kedua-dua ketua kampung (JKKKK,negeri) dan JKKKP,persekutuan) boleh makan sama-sama,,tapi dalam hati geram je tu,, yang problemnya ketua parti... macam mana buat....kat sini ada pakcik yang sebelah kiri,, kat sana ada biras sebelah kanan.... pening kepala...
Kepada semua penduduk kg Jenderam Hulu, hati yang nurani akan terpancar di riak muka anda.. sepandai-pandai lakonan anda,,,, pandai-pandailah cover line. yang penting aktiviti masyarakat, khusus yang berkaitan dengan keagamaan, perpaduan ummah, kesatuan bangsa dan kelansungan pimpinan kita tetap sama....iaitu min lam alif ya wau.

Friday, August 14, 2009

HARI TERAKHIRKU

Dengan ingatan yang kabur
meniti hari hari berlalu
kita semua nya sama
sudah termaktub dalam suratan
Rumah kata pergi kubur kata mari
pelangi dikaki langit
tetap kita rindui
Kita semua sama
telah ditentukan oleh azali
yang bernyawa tetap mati
mati meninggalkan
untuk menemui Ilahi

gotong royong

Salam untuk semua penggiat blog.

Kali ini saya ingin menulis sedikit tentang gotong royong. Dalam masyarakat melayu, tradisi gotong royong memang amat terkenal semenjak zaman dahulu lagi. Bermula dari membuka sebuah kampung dan akhirnya menjadi sebuah pekan, semua kegiatan dan kerja-kerja dilakukan secara gotong royong.
Apa itu makna gotong royong ? Bagi makna biasa gotong royong bermaksud buat kerja sama-sama, bantu membantu tanpa dibayar upah. Ini jika kita lihat dari aspek kegiatan kemasyarakatan.
Bagaimana pula kita lihat dari aspek mencapai kemerdekaan sesebuah negera itu. Bolehkah makna gotong-royong digunakan untuk mendapat merdeka.?Adakah kita sanggup bergotong royong memepertahankan maruah bangsa dan agama yang dihina? sanggupkah kita bergotong royong membetulkan keadaan yang sudah tidak tentu arah ini. Di manakah semangat aur dengan tebing yang di tanam oleh nenek moyong kita. Adakah kita di zaman multimedia ini telah ,menjadi enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. ?
Jikalau kita melihat konotasi gotong royong itu hanyalah satu kegiatan membantu satu dengan lain, adakah makna yang tersirat dari perkataan gotong royong itu kita lakukan satu paradigmaa untuk kebaikan masyarakat .
walau bagaimana pun masyarakat malaysia telah matang untuk menilai tentang konsep gotong royong. Adakah ungkapan seperti ' sekarang lu tolong gua, besok gua tolong lu' boleh digunakan.
Atau ada segelintir masyarakat hanya berharapkan ehsan orang sahaja.
Maka sempena kita menyambut ketibaan bulan ramadan ini, akiviti gotong royong sering dijalankan, khususnnya membersihkan tanah perkuburan.Ini lagi satu semangat orang kita' tidak ada hari lain ke , nak tunggu nak puasa dan raya baru nak tebas tanah perkuburan.
Akhir kata, selamat bergotong royong kepada semua jemaah di Kg Jenderam Hulu yang akan menjalankan aktiviti gotong royong pada hari Ahad ini 16.08.2009.

Friday, April 24, 2009

SAYA BUKAN ANAK AMERIKA

Walau sejauh mana helang terbang MELAYANG, akhirnya akan hinggap dipuncak kayu
Walau sejauh mana ikan berenang akan pulang ke suaknya
Walau sejauh mana kita pergi .... "Malaysia Tetap Dihatiku"

MALAYSIAN FOOD

APABILA SEMUA PERUT YANG KOSONG ITU DISIKAN DENGAN MAKANAN SUDAH TENTU SEMUNYA AKAN KENYANG DAN DIAM.
TAPI DISEBALIK ITU, APABILA PERUT-PERUT KOSONG ITU DIBIARKAN LAPAR, APA YANG ADA DI TANGAN KITA AKAN DIAMBIL SEMUANYA.









KUALA LUMPUR

KLCC: KEBANGGAAN RAKYAT MALAYSIA












MALAYSIA NEGERA PELBAGAI KAUM









Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina.
Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.
Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’.
Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik.

Thursday, April 23, 2009

HASIL NUKILAN










AKU DAN ORANG TUA ITU

Telah sekian lama
orang tua itu meraut buluh
menjalin cipta, mengasah seni
menegakkan hidup

Orang tua itu
mengayam bakat dan kepandaian
dijadikan sangkar dan raga
memuatkan adat pusaka bangsa

Telah bertahun-tahun lamanya
aku meraut rasa
mengukir kata
memahat bicara
membina semangat cintakan negara

Aku menghampar fikir
membentang kenangan
menyusun kata membantuk sajak
tatapan warga pelbagai kaum
di naungan teduh negara merdeka

suatu hari aku membaca sajak
perpaduan rakyat negara maju
lalu dia menghadiahkan sebuah raga
berisi sejambak nasihat
yang bermakna lagi berguna.

Ediramle Ismail
Balai muhibah Jul/Ogos/ Sept 1987

KATA -KATA HIKMAH BANGSA

Warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah suatu tanda kebesaran Ilahi.
Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesama manusia telah melakukan kesalahan.Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja.yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah.Mengapa mahu dijajah?Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih. ( Hamka).

Bangsa yang ingin maju mestilah memajukan bahasanya.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. (Andre Colin ).
Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam,begitu juga sebaliknya.Semuli-mulia kamu ialah orang yang bertakwa. ( maksud hadis).
Bangsa Rom pada masa dahulu sangat kuat berusaha dan rajin bekerja sehingga berjaya kep uncak ketinggian.Namun,setelah ditimpa penyakit lalai dan malas,peradaban yang ditegakkan oleh nenek moyang mereka runtuh sedikit demi sedikit .Ketika itu mereka menyangka berusaha dan bekerja itu bukan pekerjaan orang yang merdeka tetapi pekerjaan bdak-budak. (sejarahwan)
"Wahai manusia! Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu sekalian daripada seorang lelaki dan seorang wanita, dan Kami jadikan kami bergolongan dan berbangsa-bangsa,supaya kamu saling kenal di antara satu sama lain.Sesungguhnya orang yang bertakwa paling mulia di sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Menyelidiki. ( Maksud ayat al-Quran 49:13)

wajah-wajah malaysia



Wajah-wajah rakyat Malaysia

Bangsa Malaysia ialah identiti kebangsaan rakyat Malaysia, dengan kata lain, seseorang itu tidak lagi ditakrifkan dari keturunan nenek moyangnya atau warna kulit, tetapi di bawah naungan satu ideologi, nilai-nilai dan kewarganegaraan. Walaupun kita datang dari identiti perkauman yang belainan (keturunan, warna kulit, adat resam dan bahasa ibunda) bersama-sama kita bersatu bawah naungan satu identiti kebangsaan, satu bangsa, satu bahasa iaitu bangsa Malaysia. Secara teori itulah pengertian bangsa Malaysia, sama seperti konsep identiti kebangsaan rakyat Perancis yang mana atas dasar “secularism” rakyat Perancis boleh bersatu di bawah satu bahasa, nilai-nilai kebangsaan dan memecah halangan warna kulit dan agama.

Friday, April 17, 2009

Apa yang istimewanya ? ? jika undang-undang dan peraturan tak diikuti













Keistimewaan Parlimen

Apakah kewajaran yang diberikan kepada ahli Parlimen yang mempunyai beberapa keistimewaan tertentu ? Adakah kebebasan bercakap dan berbahas di dalam Majlis Parlimen akan dapat meningkat integriti Parlimen ? Ini merupakan beberapa persoalan yang perlu dikupas selepas kita dapat saksikan bagaiman ahli Parlimen berbahas melalui kaca televisyen dan kenyataan yang dikeluarkan melalui media yang banyak meninggalkan kesan yang tidak elok dalam Persidangan Parlimen ke 12.

rentetan perjuangan bangsa



Video berkisar tentang perjuangan menuntut kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu yang ditunjangi oleh orang-orang Melayu. Penjajahan Jepun dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945 dan telah mula menyemarakkan semangat kebangsaan. Slogan Asia Untuk Orang Asia dan Semangat Asia merupakan propaganda anti penjajah barat. Kerjasama Parti Komunis Malaya membantu British melawan Jepun tidak berkesan. Keganasan komunis menimbulkan satu masalah kepada rakyat Tanah Melayu
Selepas kekalahan Jepun , Pentadbiran tentera British memperkenalan Pentadbiran Malayan Union. Pada 11 Oktober 1945, Sir Harold Mac Micheal cuba mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu dengan cara paksaan dan muslihat. 1 April 1946 Pentadbiran Malayan Union diisytiharkan oleh British dan Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent.Ciri-ciri asas perlembangaan Malayan Union iaitu Negeri-negeri Melayu digabungkan sebagai satu unit politik. Malayan Union diketuai oleh Gabenor Bristish.Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli, Raja Melayu hanya berkuasa soal agama dan adat istiadat Melayu sahaja. Parlimen Bristish pemutus kepada undang-undang.
Orang Melayu, sebahagian besar menentang cara Mac Micheal mengancam Raja-raja Melayu dan yang paling hebat kerakyatan yang diberi kepada kaum pendatang. Bantahan dilakukan melalui akhbar-akhbar. Demostrasi secara aman membantah Mac Micheal. Kongress pertama di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru telah mengujudkan United Malay National Organisation (UMNO) diketuai oleh Dato Onn Jaafar. Kongress kedua telah menutut supaya Raja-raja Melayu memulaukan majlis Perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union.
Penubuhan UMNO menjadi wadah perjuangan orang Melayu, menyatupadukan orang Melayu dan mengujudkan satu oragnisasi nasional. Desakan UMNO telah menyebabkan Bristish mengujudkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 . Piliharaya Majlis Bandaran pertama pada 1951, bermulalah hubungan parti pelbagai kaum iaitu UMNO, MCA dan MIC dan pemangkin kepada permerintahan bersama dan menuntut kemerdekaaan.Tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun H.S Lee, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T Sambanthan dan Tun Abdul Razak merupakan pengasas pengujudan Parti Perikatan berjaya memenangi piliharaya 1955. Rombongan Merdeka ke London telah berjaya mendapat tarikh kemerdekaan dan membentuk sebuah suruhanjaya bebas untuk menyediakan Perlembagaan Merdeka. Suruhanjaya Reid dibentuk pada Mac 1956 dipengerusikan oleh Lord Wiliam Reid, menentukan kerajaan pusat dan negeri dan menjamin kedudukan khas raja-raja. . Pengisytiharan kemerdekaan telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka dan menandakan kebebasan politik yang mutlak bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Thursday, April 16, 2009

watak utama








melayu bugis
melayu jawa
melayu minang
melayu kelantan
melayu sabah
melayu sarawak
melayu segala-gala rumpun melayu dinusantara dan seantero dunia

Melayu bangsaku



apa itu melayu ?
dari mana datangnya melayu ?
di puncak atau di persisiran ?
namun melayu tetap ditemu