Tuesday, October 20, 2009

Pengalaman BBM3412

Tanggal 14 Julai, jam 7.45 p.m. ,di Latar Siswa, ku lihat para pelajar masih lagi membuat last minute study. Tengok-tengok je nota dan spot topik yang pensyarah bagi. Kot-kot keluar.
“ Ini mana boleh jadi” Tiba-tiba kesunyian Latar Siswa telah berubah. Suara garau itu masih lagi meluahkan perasaannya. “Exam dah habis dah, baru lepas, semalam, semua tugasan dah hantar , takkan ada tugasan pasca exam pulak”.
Para pelajar yang tidak tahu menahu tentang hal ini tercengang-cengang.
“Betul,betul, betul aku dah bukak blog dr. dah, mana boleh macam ni” suara halus kedengaran di belakangku. “Dahlah nak siapkan kajiselidik ni pun satu hal jugak,sampai demam-demam aku. Kejap-kejap tak payah sertakan borang kaji selidik. Lepas tu suruh kepilkan pulak”.Suara halus dalam kekesalan itu terus merungut.
“Betul tu, aku pun dah buka blog dr. Asignment hendaklah dihantar sekali dengan borang kajiselidik dan menggunakan binding jahit dan tak boleh pakai comb binding” “Kalau bagi arahan tu biasa lah jelas, sekajap keluar arahan macam ni, lepas dapat arahan yang lain pula, tak tetap. Macam orang tidak ada pendirian je. Menyusahkan kita pulak tu” Suara sungutan masih lagi kedengaran.
Begitulah suara yang menguatkan lagi hujah sebelumnya. Aku menjadi kalut. Apa hal ni. Aku belum lagi sempat nak buka blog dr. Cadang-cadang lepas exam baru nak buka laptop sebab tak nak menggangu jadual prep aku. Nak juga tahu apa perkembangan semasa. Hanya blog dr dan facebook lah media maya penghubung diantara kami, baik membincangkan tentang kuliah atau bertanya khabar.
“Apahal ni sibuk-sibuk, korang tulis je apa yang kau orang nak komen. Nak kutuk ke, nak puji ke, nak kipas ke, pandai-pandai lah nak hidup” kata-kata ini membuat semua orang termenung seketika. “ Mungkin ada sebab dr. suruh kita tulis pengalaman kita tu, mungkin dr. nak bagi markah bonus, sebab banyak tugasan yang dr, bagi, kau orang tak submit” kata-kata itu cuba difahami oleh para pelajar yag berada di situ.
“ Ooi, masuk, exam nak mula” . Masing-masing mengalihkan muka ke arah suara tersebut dari Dewan Zaaba telah menamatkan perdebatan mini parlimen di Latar Siswa. Semua pelajar di situ terus menuju ke dewan untuk menjawab paper terakhir pada malam itu.
Selepas exam tamat, masih ramai lagi pelajar berkumpul di depan dewan. Masing –masing masih lagi cuba untuk membuka ruang perdebatan tentang perkara tadi. Aku malas nak melayan. Aku perlu pulang. Perjalanan ku masih jauh yang hendak ditempuhi. Setiap hari aku berulang-alik sejauh hampir 50 kilometer yang jalannya dikelilingi oleh pokok-pokok getah dan sawit. Ketika itu segala bacaan yang aku hafal terkeluar dari mulutku jika ada sesuatu tanda yang menyeramkan ku rasa.
Dalam perjalanan pulang, sengaja aku mengecilkan volume radio. Saluran FM Klasik menjadi pilihanku. Sambil mendengar kesyahduan dendangan lagu-lagu lama, aku cuba mengingatkan detik permulaan kursus yang aku ambil.
Semasa hari terakhir final exa, sem 5, borang tawaran kursus, telah dikeluarkan. Ketika itu ramai pelajar bersyukur, nama dr. tidak terlibat pada sem. 6 yang akan datang Kursus yang tertera dalam boring tawaran ialah Kaedah Penyelidikan bahasa Melayu BBM3413.. Sebaliknya lain pula yang berlaku, ku sangkakan hujan hingga ke petang, tapi turun di tengahari.Ketika aku nak mendaftar dan membayar yuran kursus , tertera kursus Teknologi Maklumat Bahasa dan Kesusasteraan BBM 3412. Mungkin pendapat aku ini adalah lanjutan dari kursus Bahasa dalam Muiltimedia BBM3410. Tetapi yang menjadi kebetulannya atau ini satu sumpahan ke, aku masih lagi teringat dengan kata-kata dr. ketika kuliah BBM3410.” Kalau kamu semua kutuk-kutuk saya, sem. depan kita jumpa lagi” Mungkin mulut dr. tu masin. Kami ini tidak menjadi hal, yang penting kami mendapat seorang pensyuarah yang betul-betul serius dan komited dengan tugasnya.
Maka tanggal 6 Julai kuliah ,minggu pertama pun bermula. Pada kuliah pertama aku tak dapat hadir kuliah disebabkan ada urusan keluarga. Apa yang aku dapat tahu, kuliah pertama para pelajar dah kena ‘dera’. Malam tersebut ramai pelajar yang balik lewat jam 1.00 pagi sebab kena siapkan power point lirik lagu. Minta maaf kepada En. Nan, Gee, Azu dan Kumar kerana berkorban menyiapkan tugasan itu.
Tanggal 14 Julai, ketika mempersembahkan tugasan, ingatkan dr. tak perasan aku tak dating kuliah minggu lepas. Rupa nya dr. perasaan. “En. Rosdin last week awak tak dating kuliah, buat secara individu, minggu depan present” Aku tergamam sebab diberikan tugas yang aku tak tahu nak buat. Itulah bahananya kalu tidak attend kuliah.”Kalau awak tak buat awak tak tahu nak buat, macamana nak ajar pada anak-aanak”. Kata-kata itu masih lagi dalm ingatan ku. Pada malam tersebut dijalnkan cabutan undi tugasan individu . Tajuk tugasan Pengaruh Teknologi Maklumat terhadap perkembangan Kesusasteraan. Kena buat kaji selidik. Hantar pada malam final exam.
Tanggal 21 Julai kuliah seperti biasa. Hanya mendengar celoteh dr. sahaja tentang kepentingan teknologi maklumat pada masyarakat seperti politik, social, pendidikan, jasmani, ekonomi. Tidak ada yang menariknya kuliah pada malam itu. Kami dimaklumkan bahawa kuliah ganti akan diadakan bagi menggantikan bulan Ramadan.
Tanggal 24 Julai , Jumaat di dewan Zaaba, merupakan kuliah ganti yang pertama. Kami diarahkan mengarang satu tugasan sepanjang 30 halaman tanpa bahan rujukan atau internet dan hantar pada malam itu juga. Mana kami ada idea nak mengarang. Kami kumpulan diberi tajuk keburukan dan kebaikan ICT. Pelajar tidak dapat menyiapkan tugasan pada malam itu, dan diberi peluang mengemailkan pada dr. dalam minggu depan, hari Isnin. Maka terpakslah kami menyiapkan pada malam itu juga. Lebih kurang jam 12.30 p.m. baru bubar.
Tanggal 7 Ogos, Jumaat kuliah ganti, di sanggar bahasa, Bermulalah segala-galanya.Perang maya bermula. Kuliah malam itu ialah tentang membuka akuan facebook. Maisng-masing ghairah dengan facebook masing-masing. Terima kasih Alia kerana membantu menbuat facebook. Tugasan pertama ialah mencipta pantun dua kerat dan mencipta teka-teki serta memjawab teka-teki kawan dalam facebook. Maka terjadi komunikasi maya yang amat dasyat pada malam itu. Selain itu pelajar disuruh membuka laman e-satera dan berkarya secara maya.
11 Ogos, Kuliah seperti biasa . Tidak ada yang menarik dengan kuliah pada malam itu. Hanya berkaitan dengan pengaruh ICT. Minggu seterusnya semua pelajar diberi cuti kerana H1N1. dan bermula dari tanggal itu kuliah BBM3412 ditangguhkan kerana bulan Ramadan.Ingatkan dalam bulan Ramadan bolehlah beramal ibadat sedikit, bila baca dalam facebook ada pelbagai tugasan yang disuruh buat. Cerita Hantulah, komen sajak di saan kematian, dan Membuat cerita kanak-kanak. Semua karya perlu dihanatar secara maya. Manalah nak siap dalam kesibukan bulan puasa dan persiapan raya. Namun Alhamdulillah dapat juga aku menyiapkan tugasan setakat termampu.
Tanggal 29 September, kuliah pertama selepas raya. Malam tersebut ramai kawan-kawan yang hadir sebab dimaklumkan malam tersebut ialah menghantar tugasann kajiselidik. Selain dr. memberi soalan yang akan keluar semasa exam kelak. Mana pelajar yang dapat maklumat awal, lain pula arahannya. Pelajar yang terekudian lain pula maklumatnya. Maka masing-masing tidak tentu arah. Namun begitu
Tanggal 6 September , kuliah tak ada , dapat juga aku buat ulangkaji tengaok blog, e-satera dan macam lagi berdasarkan soalan exam.
Tanggal 13 September , hari final exam tiba. Memang benar. Sesiapa yang mengikut segala kuliah dr. dengan petik jari boleh jawab soalan exam. Sesipa yang rajin buka laptop, facebook, blog dr. ke, e-sastera pasti boleh jawab dengan senang.
Walau bagaimana pun secara keseluruhannya aku bolehlah jawab soalan malam itu.
Tanpa kusedari aku pun telah sampai di garage di dapana rumah.. perjalan selama 45 mint dalm menawa aku mengimbau kenangan akau semasa mengikuti kursus BBM3412.
Pada Dr. Normaliza bt Abdul Rahim aku ucapkan terima kasih banyak. Itulah tujuan aku menuntup ilmu. Hanya untuk tahu dan menambahkan ilmu di dada. Tetapi makin banyak ilmu yang kita dapat , makin banyak yang kita tidak tahu.
Mungkin usikkan, gurau dan kata-kata belakang para pelajar bukan dengan niat yang tidak baik. Manusia. Itulah manusia. Kalau tidak puas bukan dinamakan manusia. Sehingga jumpa lagi. Mungkin tak ada kot…eeee

3 comments:

  1. Sangat menarik jalan cerita. Itulah lumrah jadi pelajar kerana tak pernah puas hati dengan apa yang pensyarah bagi. Suara sumbang yang awak dengar tu mungkin tidak dengar apa yang diujarkan oleh saya semasa kuliah justeru melontarkan kata2 yang kalau saya dengar, saya amat kecil hati. Bukan senang nak dapat pengetahuan. Saya belajar dulu lagi teruk dari ini, sampai tidur tak cukup tapi secebis kata tidak manis tak pernah saya ucapkan sebab saya takut tak berkat.

    Kalau dilihat assignment yang dihantar pada saya, saya cuma dapat 60% sahaja yang hantar. Dalam blog, facebook, cerita kanak2, cerita hantu, dan semuanya cuma 70% sahaja yang hantar. Saya cuma beri peluang demi peluang tapi masih menyungut!

    Entahlah En Rosdin, kadang2 kita ni memang tak puas hati. Itu yang saya tulis dalam blog saya hari itu sebab ada pelajar yang merungut dan merungut itulah yang tidak hantar assignment. Hairankan!

    Anyway, a good writing. Teruskan perjuangan awak hingga ke akhirnya. Cari ilmu lagi. Muga berjaya! Anak2 tentu bangga dengan kegigihan ayah dia melalui kebun getah dan kelapa sawit setiap malam bukan!

    Good Luck again!

    ReplyDelete
  2. Din oiiii... panjangnya blog... best gitu...

    ReplyDelete