Saturday, August 29, 2009

WARISAN DAN BUDAYA

Kita perlu menjadikan kepelbagaian budaya sebagai satu amalan seharian kita dan juga dalam interaksi di antara pelbagai kaum menjangkaui komuniti antarabangsa. Dialog dan kerjasama antara budaya perlu bersifat serampang dua mata untuk menyelesaikan masalah yang timbul akibat pertembungan budaya. Pendekatan terbaik bagi menggalakkan persefahaman dan toleransi antara budaya akan berjaya memadamkan kejahilan dan prejudis. Dalam usaha melindungi warisan dan budaya sendiri, kita perlu bersedia menghormati warisan dan kebudayaan orang lain. Jambatan yang paling sukar dibina ialah membuat seseorang itu menghargai sistem nilai orang lain sama ada kepercayaan agama atau cara beribadat.
Kita perlu membina jambatan ini dengan berhati-hati dan mengukuhkannya secara berterusan. Penekanan awal harus diserapkan diperingkat sekolah dan kepada golongan muda memandangkan mereka bakal memimpin negara masing-masing pada masa depan. Ini kerana anak muda memiliki idealisme dan semangat membara selain kreativiti. Namun paling penting, mereka adalah pemimpin masa depan.

MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA
MAY GOD BLESS RAKYAT MALAYSIA

Sunday, August 16, 2009

terbukti...... gotong royong masih segar di hati mereka




Lanjutan dari tulisan saya, terbukti budaya gotong royong merupakan amalan murni yang patut diteruskan. Ramainya orang datang..... orang kampong keluar bawa anak bini... Yang Sang suami buat kerja , tebas rumpu di tanah perkuburan, tanam bunga , cuci longkaang, Sang isteri masak bersama-sama untuk makan tengahari.
Semangat gotong royong yang ditonjolkan oleh masyarakat kami telah melangkaui fahaman politik.... ini sudah bagus..... tapi ada juga yang yang masuk jarum... pandai-pandailah.... Kedua-dua ketua kampung (JKKKK,negeri) dan JKKKP,persekutuan) boleh makan sama-sama,,tapi dalam hati geram je tu,, yang problemnya ketua parti... macam mana buat....kat sini ada pakcik yang sebelah kiri,, kat sana ada biras sebelah kanan.... pening kepala...
Kepada semua penduduk kg Jenderam Hulu, hati yang nurani akan terpancar di riak muka anda.. sepandai-pandai lakonan anda,,,, pandai-pandailah cover line. yang penting aktiviti masyarakat, khusus yang berkaitan dengan keagamaan, perpaduan ummah, kesatuan bangsa dan kelansungan pimpinan kita tetap sama....iaitu min lam alif ya wau.

Friday, August 14, 2009

HARI TERAKHIRKU

Dengan ingatan yang kabur
meniti hari hari berlalu
kita semua nya sama
sudah termaktub dalam suratan
Rumah kata pergi kubur kata mari
pelangi dikaki langit
tetap kita rindui
Kita semua sama
telah ditentukan oleh azali
yang bernyawa tetap mati
mati meninggalkan
untuk menemui Ilahi

gotong royong

Salam untuk semua penggiat blog.

Kali ini saya ingin menulis sedikit tentang gotong royong. Dalam masyarakat melayu, tradisi gotong royong memang amat terkenal semenjak zaman dahulu lagi. Bermula dari membuka sebuah kampung dan akhirnya menjadi sebuah pekan, semua kegiatan dan kerja-kerja dilakukan secara gotong royong.
Apa itu makna gotong royong ? Bagi makna biasa gotong royong bermaksud buat kerja sama-sama, bantu membantu tanpa dibayar upah. Ini jika kita lihat dari aspek kegiatan kemasyarakatan.
Bagaimana pula kita lihat dari aspek mencapai kemerdekaan sesebuah negera itu. Bolehkah makna gotong-royong digunakan untuk mendapat merdeka.?Adakah kita sanggup bergotong royong memepertahankan maruah bangsa dan agama yang dihina? sanggupkah kita bergotong royong membetulkan keadaan yang sudah tidak tentu arah ini. Di manakah semangat aur dengan tebing yang di tanam oleh nenek moyong kita. Adakah kita di zaman multimedia ini telah ,menjadi enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. ?
Jikalau kita melihat konotasi gotong royong itu hanyalah satu kegiatan membantu satu dengan lain, adakah makna yang tersirat dari perkataan gotong royong itu kita lakukan satu paradigmaa untuk kebaikan masyarakat .
walau bagaimana pun masyarakat malaysia telah matang untuk menilai tentang konsep gotong royong. Adakah ungkapan seperti ' sekarang lu tolong gua, besok gua tolong lu' boleh digunakan.
Atau ada segelintir masyarakat hanya berharapkan ehsan orang sahaja.
Maka sempena kita menyambut ketibaan bulan ramadan ini, akiviti gotong royong sering dijalankan, khususnnya membersihkan tanah perkuburan.Ini lagi satu semangat orang kita' tidak ada hari lain ke , nak tunggu nak puasa dan raya baru nak tebas tanah perkuburan.
Akhir kata, selamat bergotong royong kepada semua jemaah di Kg Jenderam Hulu yang akan menjalankan aktiviti gotong royong pada hari Ahad ini 16.08.2009.