Thursday, April 23, 2009

HASIL NUKILAN










AKU DAN ORANG TUA ITU

Telah sekian lama
orang tua itu meraut buluh
menjalin cipta, mengasah seni
menegakkan hidup

Orang tua itu
mengayam bakat dan kepandaian
dijadikan sangkar dan raga
memuatkan adat pusaka bangsa

Telah bertahun-tahun lamanya
aku meraut rasa
mengukir kata
memahat bicara
membina semangat cintakan negara

Aku menghampar fikir
membentang kenangan
menyusun kata membantuk sajak
tatapan warga pelbagai kaum
di naungan teduh negara merdeka

suatu hari aku membaca sajak
perpaduan rakyat negara maju
lalu dia menghadiahkan sebuah raga
berisi sejambak nasihat
yang bermakna lagi berguna.

Ediramle Ismail
Balai muhibah Jul/Ogos/ Sept 1987

No comments:

Post a Comment