Friday, April 17, 2009

rentetan perjuangan bangsa



Video berkisar tentang perjuangan menuntut kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu yang ditunjangi oleh orang-orang Melayu. Penjajahan Jepun dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945 dan telah mula menyemarakkan semangat kebangsaan. Slogan Asia Untuk Orang Asia dan Semangat Asia merupakan propaganda anti penjajah barat. Kerjasama Parti Komunis Malaya membantu British melawan Jepun tidak berkesan. Keganasan komunis menimbulkan satu masalah kepada rakyat Tanah Melayu
Selepas kekalahan Jepun , Pentadbiran tentera British memperkenalan Pentadbiran Malayan Union. Pada 11 Oktober 1945, Sir Harold Mac Micheal cuba mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu dengan cara paksaan dan muslihat. 1 April 1946 Pentadbiran Malayan Union diisytiharkan oleh British dan Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent.Ciri-ciri asas perlembangaan Malayan Union iaitu Negeri-negeri Melayu digabungkan sebagai satu unit politik. Malayan Union diketuai oleh Gabenor Bristish.Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli, Raja Melayu hanya berkuasa soal agama dan adat istiadat Melayu sahaja. Parlimen Bristish pemutus kepada undang-undang.
Orang Melayu, sebahagian besar menentang cara Mac Micheal mengancam Raja-raja Melayu dan yang paling hebat kerakyatan yang diberi kepada kaum pendatang. Bantahan dilakukan melalui akhbar-akhbar. Demostrasi secara aman membantah Mac Micheal. Kongress pertama di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru telah mengujudkan United Malay National Organisation (UMNO) diketuai oleh Dato Onn Jaafar. Kongress kedua telah menutut supaya Raja-raja Melayu memulaukan majlis Perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union.
Penubuhan UMNO menjadi wadah perjuangan orang Melayu, menyatupadukan orang Melayu dan mengujudkan satu oragnisasi nasional. Desakan UMNO telah menyebabkan Bristish mengujudkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 . Piliharaya Majlis Bandaran pertama pada 1951, bermulalah hubungan parti pelbagai kaum iaitu UMNO, MCA dan MIC dan pemangkin kepada permerintahan bersama dan menuntut kemerdekaaan.Tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun H.S Lee, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T Sambanthan dan Tun Abdul Razak merupakan pengasas pengujudan Parti Perikatan berjaya memenangi piliharaya 1955. Rombongan Merdeka ke London telah berjaya mendapat tarikh kemerdekaan dan membentuk sebuah suruhanjaya bebas untuk menyediakan Perlembagaan Merdeka. Suruhanjaya Reid dibentuk pada Mac 1956 dipengerusikan oleh Lord Wiliam Reid, menentukan kerajaan pusat dan negeri dan menjamin kedudukan khas raja-raja. . Pengisytiharan kemerdekaan telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka dan menandakan kebebasan politik yang mutlak bagi Persekutuan Tanah Melayu.

No comments:

Post a Comment