Saturday, August 29, 2009

WARISAN DAN BUDAYA

Kita perlu menjadikan kepelbagaian budaya sebagai satu amalan seharian kita dan juga dalam interaksi di antara pelbagai kaum menjangkaui komuniti antarabangsa. Dialog dan kerjasama antara budaya perlu bersifat serampang dua mata untuk menyelesaikan masalah yang timbul akibat pertembungan budaya. Pendekatan terbaik bagi menggalakkan persefahaman dan toleransi antara budaya akan berjaya memadamkan kejahilan dan prejudis. Dalam usaha melindungi warisan dan budaya sendiri, kita perlu bersedia menghormati warisan dan kebudayaan orang lain. Jambatan yang paling sukar dibina ialah membuat seseorang itu menghargai sistem nilai orang lain sama ada kepercayaan agama atau cara beribadat.
Kita perlu membina jambatan ini dengan berhati-hati dan mengukuhkannya secara berterusan. Penekanan awal harus diserapkan diperingkat sekolah dan kepada golongan muda memandangkan mereka bakal memimpin negara masing-masing pada masa depan. Ini kerana anak muda memiliki idealisme dan semangat membara selain kreativiti. Namun paling penting, mereka adalah pemimpin masa depan.

MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA
MAY GOD BLESS RAKYAT MALAYSIA

5 comments:

  1. Secara tidak langsung, hubungan etnik di Malaysia dilihat menjadi salah satu unsur untuk membina jambatan yang kukuh itu.
    Justeru,
    elakkan...
    rasisme
    prejudis
    stereotaip
    diskriminasi dalam kalangan kita.
    Pupuklah...
    akomodasi
    patriotisme
    dan nasionalisme.

    Hidup Malaysia!! Merdeka!!

    ReplyDelete
  2. Memang semangat kemerdekan ini penting untuk dipupuk dalam jiwa anak-anak kita. Saya cukup kagum dengan semangat En din dalam menyuarakan semangat kemerdekaan ini.

    Hari merdeka nanti bawa anak2 dan keluarga bercuti ke mana?

    ReplyDelete
  3. Saya memang setuju dengan ulasan kak Huda bahawa semangat kemerdekaan memang sangat bpenting. Harap menerusi cogan kata satu Malaysia'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' Malaysia terus maju dan berjaya. Malaysia boleh!

    ReplyDelete
  4. Betul kata Din bahawa penekanan awal harus diserapkan di peringkat awal dan kepada generasi atau golongan muda.

    Sebenarnya, golongan dewasa juga perlu menghormati dan menghargai nilai orang lain.

    Malaysia, negara kita yang tercinta.

    ReplyDelete
  5. "membuatkan seseorang itu menghargai sistem nilai orang lain sama ada kepercayaan agama atau cara beribadat" merupakan suatu "tugas" yang berat..

    Kita sebagai anak Malaysia perlu berganting bahu untuk meneruskan usaha dengan berhati-hati dan mengukuhkannya secara berterusan.

    dengan itu, negara dan bangsa kita akan hidup dengan aman dan dami...

    ReplyDelete