Friday, August 14, 2009

gotong royong

Salam untuk semua penggiat blog.

Kali ini saya ingin menulis sedikit tentang gotong royong. Dalam masyarakat melayu, tradisi gotong royong memang amat terkenal semenjak zaman dahulu lagi. Bermula dari membuka sebuah kampung dan akhirnya menjadi sebuah pekan, semua kegiatan dan kerja-kerja dilakukan secara gotong royong.
Apa itu makna gotong royong ? Bagi makna biasa gotong royong bermaksud buat kerja sama-sama, bantu membantu tanpa dibayar upah. Ini jika kita lihat dari aspek kegiatan kemasyarakatan.
Bagaimana pula kita lihat dari aspek mencapai kemerdekaan sesebuah negera itu. Bolehkah makna gotong-royong digunakan untuk mendapat merdeka.?Adakah kita sanggup bergotong royong memepertahankan maruah bangsa dan agama yang dihina? sanggupkah kita bergotong royong membetulkan keadaan yang sudah tidak tentu arah ini. Di manakah semangat aur dengan tebing yang di tanam oleh nenek moyong kita. Adakah kita di zaman multimedia ini telah ,menjadi enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. ?
Jikalau kita melihat konotasi gotong royong itu hanyalah satu kegiatan membantu satu dengan lain, adakah makna yang tersirat dari perkataan gotong royong itu kita lakukan satu paradigmaa untuk kebaikan masyarakat .
walau bagaimana pun masyarakat malaysia telah matang untuk menilai tentang konsep gotong royong. Adakah ungkapan seperti ' sekarang lu tolong gua, besok gua tolong lu' boleh digunakan.
Atau ada segelintir masyarakat hanya berharapkan ehsan orang sahaja.
Maka sempena kita menyambut ketibaan bulan ramadan ini, akiviti gotong royong sering dijalankan, khususnnya membersihkan tanah perkuburan.Ini lagi satu semangat orang kita' tidak ada hari lain ke , nak tunggu nak puasa dan raya baru nak tebas tanah perkuburan.
Akhir kata, selamat bergotong royong kepada semua jemaah di Kg Jenderam Hulu yang akan menjalankan aktiviti gotong royong pada hari Ahad ini 16.08.2009.

2 comments:

  1. Haaa...Ooi memang suka tengok jiran gotong-royong. Bila? Masa kenduri kahwin.

    Memang menyeronokkan. Cuci periuk, hiris bawang, susun meja, dirikan khemah dan macam-macam lagi. Kalau semua orang boleh sampai tahap sebegini, jawabnya bersih Malaysia, tidak perlu tukang sapu.

    ReplyDelete
  2. Memang suka gotong-royong. Tapi dalam masyarakat kini yang mementingkan kebendaan, ramai orang sudah terlupa kisah ini...

    ReplyDelete