Sunday, August 16, 2009

terbukti...... gotong royong masih segar di hati mereka




Lanjutan dari tulisan saya, terbukti budaya gotong royong merupakan amalan murni yang patut diteruskan. Ramainya orang datang..... orang kampong keluar bawa anak bini... Yang Sang suami buat kerja , tebas rumpu di tanah perkuburan, tanam bunga , cuci longkaang, Sang isteri masak bersama-sama untuk makan tengahari.
Semangat gotong royong yang ditonjolkan oleh masyarakat kami telah melangkaui fahaman politik.... ini sudah bagus..... tapi ada juga yang yang masuk jarum... pandai-pandailah.... Kedua-dua ketua kampung (JKKKK,negeri) dan JKKKP,persekutuan) boleh makan sama-sama,,tapi dalam hati geram je tu,, yang problemnya ketua parti... macam mana buat....kat sini ada pakcik yang sebelah kiri,, kat sana ada biras sebelah kanan.... pening kepala...
Kepada semua penduduk kg Jenderam Hulu, hati yang nurani akan terpancar di riak muka anda.. sepandai-pandai lakonan anda,,,, pandai-pandailah cover line. yang penting aktiviti masyarakat, khusus yang berkaitan dengan keagamaan, perpaduan ummah, kesatuan bangsa dan kelansungan pimpinan kita tetap sama....iaitu min lam alif ya wau.

2 comments:

  1. Sifat gotong royong dan kekeluargaan di daerah desa lebih menonjol dalam pola
    kehidupan masyarakat kita sekarang, seperti memperbaiki dan membersihkan jalan.
    Sedangkan di bandar gotong royong dapat dijumpai dalam kegiatan kerja
    bakti di sekolah , untuk kepentingan bersama. Dari sini timbullah rasa kebersamaan, kekeluargaan, tolong
    menolong sehingga dapat terbina rasa permuafakatan. dah lama x gotong royong.huhu

    ReplyDelete
  2. Jumpalah bukti yang ditunjukkan oleh abang Rosdin. Sungguh gembira jumpa keadaan ini, marilah kita menyertai gotong-royong beramai-ramai.

    ReplyDelete